CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 27, 2008

issue of the day




Makan tempe boleh 'mandul'
Lelaki kena kurang diet bersoya: Kajian

BOSTONelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati iaberisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya. Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata.

Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca.Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.
Di ketuaiDr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, merekamenyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya.Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih danais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggidiberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari.

Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuatdi kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, keranatubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelakikurus, kata penyelidik. � Agensi

p/s: sapa2 nak cari laki dr pemakan tempe..kena "check'' dulu ye..hehe

0 comments: